SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
khabar Kematian
Thursday, July 09, 2009



Salam syuhada'

Ada perkara yang lebih penting untuk saya bicarakan kepada kalian berbanding mencatatkan tentang kehidupan baru saya di USIM.
Iaitu tentang kematian..Firman Allah: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian". Subhanallah...

Sejak tiga minggu saya berada di USIM saya menerima beberapa khabar kematian orang yang saya kenali...Dan hari ini sahaja saya menerima khabar dua kematian...Allahu akbar. Allah sahaja yang tahu betapa gundah perasaan saya.. Innalillah wainna ilaihi rajiun....



Seminggu saya berada di USIM, abah menelefon memberitahu Cikgu Ya, sahabat karib abah meninggal dunia.. anak perempuannya sepatutnya mendaftar sekali dengan saya di USIM. Tapi dia tidak datang mendaftar kerana bimbang dengan kesakitan ayahnya. Sungguh mengharukan, Allahyarham adalah seorang yang soleh sepanjang hidupnya. Pertemuan yang saya lazim dengannya ialah di Masjid Kweng Hitam, Masjid Abdul Rahman. Allah mengurniakan anaknya yang hafiz dan ada anaknya yang mempunyai keturunan albino (kulit puteh)


Beberapa ketika kemudian abah telefon lagi memberitahu, Cikgu Wan taib, bekas pengetua Sekolah Menengah Sains machang meninggal dunia. Turut meninggal adalah seorang aktivis PAS di kawasan Machang.


Hari ini saya menerima mesej dari Mudir tempat saya mengajar dahulu. mesej berbunyi : "Ustazah Khadijah dalam keadaaan tenat, sila sebarkan kepada sesiapa yang mengenalinya".. ustazah Khadijah adalah guru Sekoalah Menengah Ugama Arab Ahmadiah, Banggol Judah. Sebelum ke USIM, saya lah orangnya yang menggantikan Ustazah Khadijah selama tiga bulan.



Jam 3.00 petang, sekali lagi sya menerima mesej dari Mudir Ustaz Fitri: "Kak jah telah meninggal dunia jam 2.45....Innalillah...



Saya belum pernah bertemu dengan beliau walaupun saya begitu amat ingin bertemu dengan Allahyarham. Sepanjang menggantikannya saya sempat menatap gambarnya. Sehari lepas itu saya bermimpi bertemu dengan Allahyarham, dia datang ke sekolah dalam keadaan sihat, dan ceria. saya cam beliau dalam mimpi kerana pernah melihat gambarnya. Tak disangka belum sempat bertemu, Allah telah menjemputnya terlebih dahulu.


Petang tadi abah telefon sekali lagi, Mok kepada Moksujah telah meninggal dunia. Tok Cik Timah sering datang ke Machang melawat anak perempuannya. Dia tinggal di Jelawat. Allahu akbar, kematian itu satu kepastian...






Sebelum itu lagi saya mendapat khabar kematian seorang artis pop terkenal dunia, Michael Jackson, dan didakwa nama islamnya adalah Mikhaeel. Jika benarlah dia Islam, saya berdoa semoga Allah memberi keampunan kepadanya. Dakwaan lagi orang yang bertanggungjawab mengislamkannya adalah Yusof Islam dan Dawud Wharsanaby (betulkan ejaan saya). Semoga ia adalah dakwaan yang benar. Sungguh indah kerana lahirnya dalam keadaan kafir, hidupnya dalam kekafiran, tetapi matinya adalah dalam keadaan Islam... Allah, alangkah indah percaturan hidupmu....moga ia benar...Kenapa? Kerana ia mungkin mencetus kesedaran hidyah untuk lebih ramai peminatnya, Mungkin sahaja....kerana hidayah itu milik Allah...






Tapi berita kematian yang satu inilah yang meruntun jiwa saya. belum pun sempat sya menalaah sepenuhnya kitab tulisan Allahyarham, dia telah pergi meniggalkan kita. Dr. Fathi Yakan, permata dunia Islam yang hilang. Saya menitiskan air mata tatkala mendengar berita ini. Apa Ertinya Saya Menganut Islam- buku yang sejak saya kecil lagi sudah berada dalam rumah saya. Ketika kecil saya sering melihat abah membaca buku ini...




Sekarang baru saya sedar, betapa besar nilainya sebuah buku tulisannya ini. Buku rujukan untuk para aktivis Islam, dan remaja dakwah.....Di rumah saya ada dua buku ini dalam versi arab, saya berusaha untuk mebacanya sampai habis. InsyaAllah....





-------Allahumma yaghffirlahum warhamhum, waafiayahum---------------------------





posted by tok pulai chondong @ 10:14 PM   0 comments
Dari Syamsul Maarif Ke USIM
Thursday, June 25, 2009
Dari Syamsul Maarif Ke Usim

Salam syuhada',

Ini adalah catatan sebelum bergelar mahasiswa. InsyaAllah, saya akan mendaftar pagi esok di Universiti Islam Malaysia (USIM), Nilaim Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, saya mendapat rezeki untuk melanjutkan pengajian saya dalam bidang Fiqh & Fatwa, walaupun ia adalah pilihan terakhir dalam 8 pilihan ketika mengisi borang.

Sesungguhnya perjalanan jauh ke kampus sudah tentu di daalamnya terkandung pelbagai pengalaman menarik.

7 tahun di Syamsul Maarif, penuh dengan kenangan manis. Dalam minggu ini sahaja saya ke sekolah sebanyak tiga kali untuk pelbagai urusan, namun yang penting untuk menatap wajah-wajah guru yang menjadi faktor penting kejayaan ini.

Saya ada menempah sebiji kek, tanda terima kasih kepada guru, hari Ahad ni kawan saya akan hantar ke sekolah. Semoga Allah memberkati segala jasa guru dan curahan ilmu yanng diberikan kepada saya selama ini.

Orang yang paling gembira menerima berita ini, tentulah kedua ibu-bapa saya yang tersayang. Macam tak percaya, Syihan akhirnya ke universiti................

Seminggu dua ini saya berusaha mengadakan banyak pertemuan dengan sahabat handai yang lama dan baru..

Tujuan diadakan pertemuan ini adalah menautkan ukhuwwah yang pudar dan usaha dakwah saya kepada mereka. ..

Saya mengadakan pertemuan dengan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan MAchang (2), batch 2001. Gembira bertemu dengan sahabat yang hampir tujuh tahun tak bertemu. Gembira kerana mereka semua sedang mengejar impian masing-masing. Saya mungkin yang tunggal di kalangan ramai sahabat yang mengambil aliran agama.

Mereka gelarkan saya bakal mufti. Saya tersenyum, kerana mereka masih lagi mengingati cita-cita saya semasa darjah dua dahulu, iaitu ingin menjadi ulama'. Berjumpa dengan guru-guru di sekolah rendah dulu mengembalikan ingatan lama, teringat kepada Allahyarham Sir Razak, moga Allah merahmati dan mengampuni beliau di alam barzakh sana amin....

Saya juga mengadakan pertemuan akhir dengan ahli usrah saya. Alhamdulillah saya dapatkan beri mesej beharga kepada mereka supaya meneruskan usha yang sudah berusia setahun ini. Saya tugaskan mereka mencari mad'u baru ubtuk diusrah dan ditarbiah. Alhamdulillah saya dapat menghasilkan 7 orang ahli usrah yang istiqwamah, semoga Allah merahmati perjuangan ini.

Kelmarin saya mengadakan satu lagi pertemuan dengan ahli badan dakwah sekolah Maahad Syamsul Maarif. Mesej saya jelas, supaya mereka tidak lupa dengan makanan-makanan tarbiyyah. Apakah makanan tarbiyyah? Iaitu- usrah, tamrin, qiamullail,tazkirah, baca
Al-Quran, musyawarah, puasa sunat dan bersedekah.....

Alhamdulillah, segalanya saya telah usahakan.

sampai jumpa lagi....


posted by tok pulai chondong @ 8:55 PM   0 comments
Tok Guru Menangis- Video klip
Monday, May 18, 2009
Salam syuhada'

Tak pernah dalam hidup saya melihat Tok Guru menangis seperti dalam gambar ini. Hati saya begitu tertanya-tanya kenapa tok guru menangis. Barulah saya mendapat jawapan, bahwa tangisan tok guru disebabkan kehilangan sahabatnya yang tersayang, Allahyarham Wan Jamil Wan Mahmood, Yang Dipertua Pas Kawasan Tumpat.

Antara kata-kata tok guru yang menyentuh perasaan saya ialah :

"Dalam hidup saya hanya 2 orang yang saya menangis kerana kematian rakan"


Sesungguhnya perjalanan hidup seorang pejuang yang bernama Wan Jamil Wan Mahmood, begitu menganggumkan sesiapa sahaja. Hayatilah video klip ini, khas untuk para pejuang.....

Saya terfikir, apa akan berlaku kiranya Tok Guru meninggalkan kita. Allahu Rabbi, hanya Tuhan yang tahu.......................

video
posted by tok pulai chondong @ 11:53 PM   9 comments
Bicara Seorang Ustaz Syihan
Saturday, May 09, 2009



Salam syuhada'

Salam kerinduan dan salam kasih sayang kepada semua yang mengenali saya. Hampir sebulan saya tidak menulis lantaran sibuk dengan tugas sementara ini. Mungkin sudah ramai yang mengetahui tugas sementara saya ini. Ya, menjadi guru ganti, yang sudah masuk tiga bulan saya mengajar. Sungg
uh tak percaya, sungguh melucukan, begitu teruja, penuh semangat dan pelbagai perasaan menyelubungi saya sepanjang tiga bulan saya mengajar di Ahmadiah Banggol Judah.

Keseluruhannya saya gembira sepanjang berada di sini. Dari pagi sampai ke petang, waktu saya penuh di sekolah. Hari-hari berpakaian kemas, baju kemeja masuk ke dalam, berambut panjang (baru seminggu potong, dah pendek), berkopiah kadang-kadang tidak. Tetapi perangai di Syamsul Maarif
masih lagi melekat di sini, iaitu datang lewat ke sekolah, kad punch saya sentiasa bewarna merah, sering disindir guru di situ. Apa nak buat, saya tak suka berawal-awalan ke sekolah. Itu tabiat yang sukar untuk diubah.

Menjadi ustaz pada usia muda ini sememangnya sukar. Sukar pelajar nak hormat, sukar untuk saya berkomunikasi. Pelbagai pendekatan saya bawa semasa mengajar, ada yang baik saya teruskan, ada yang tak boleh di bawa menyebabkan saya letih mencari kaedah sesuai.

Semua guru di sini maklum, apabila ustaz Syihan mengajar, seluruh bangunan sekolah akan kedengaran nyaringnya suara saya. Sehinggakan mudir ada menegur saya agar memperlahankan suara, saya akur dan terima teguran itu. Sememangnya suara sahajalah menjadi alat saya untuk menarik perhatian pelajar di dalam kelas, kalau tidak diorang buat tok caro jah.

Saya di dalam kelas sedaya upaya membuat yang terbaik semasa mengajar. Saya mengajar kelas Tingkatan Satu sampai kelas Tingkatan Tiga. Kelas yang menyebabkan saya sakit kepala bila masuk ialah kelas 2 Ibn Sina. Kelas yang menyakitkan hati ialah Tingkatan 3 Ibn Sina. Manakala kelas yang saya tenang bila mengajar ialah Kelas 1 Ibn Sina dan 1 Ummu Aiman
.

Kelas tingkatan 1 Ibnu Sina, pelajarnya cerdik-cerdik dan mudah faham saya mengajar. Mereka juga tak berapa menyampuk bila saya mengajar. Pelajar kelas ni semuanya lelaki. Jadi segala hukuman dan denda tidak sukar untuk saya laksanakan. Antara nama yang popular ialah Tengku, Amirul Ashraf, Aiman dan ramai lagi.

Kelas Tingkatan 1 Ummu Aiman, bercampur lelak dan perempuan, tetapi pelajar perempuan mendominasi kelas itu. Pelajar lelaki kelas ni nampaknya lebih tidur daripada belajar. Mereka nampak slow sahaja. Antara yang terkenal Syahir, Taufiq, Syukri dan ramai lagi. Saya bersemangat mengajar kelas ni kerana pelajar perempuan begitu tekun belajar dan mendengar apa sahaja yang saya sampaikan. Saya seronok mengajar kerana mereka tidak banyak membuat masalah. Seorang pelajar perempuan tu menarik perhatian saya, namanya Hakimah. Dia ni pemalu, muka sentiasa tunduk, dan cute mute macam hamster.hemoh.hemoh. Antara nama pupular kelas ni ialah 'Afah, Nadiah, Azma dan ramai lagi.

Kelas Tingkatan 2 Ibn Sina, adalah kelas yang paling mencabar untuk saya masuk mengajar. Nak masuk kelas ni kena fikir dua kali. 1o minit saya masuk mengajar telinga saya sudah panas, hati mendidih nak marah dan tangan ringan-ringan nak pukul diorang. Mungkin disebabkan pelajar lelaki mendominasi kelas ni. Hanya
sebaris sahaja pelajar perempuan. Saya mudah hilang suara, hilang mood dan hilang arah bila mengajar kelas ni. Cara yang saya buat ialah memberi tumpuan kepada pelajar yang mahu belajar, yang tak nak belajar dihambat keluar atau dihempuk dengan buku teks. Jangan main-main dengan Ustaz Syihan!!! Saya senang hati dengan pelajar yang bernama Abdullah, Farhan, Fauzi, Syuhada, Amalina, dan lain-lain lagi. Manakala yang meyebabkan saya kacip gigi seperti Zakuan, Izzul, Azmi, dan sebilangan lagi.

Kelas Tingkatan 3 Ibn Sina ada cerita send
iri, pelajar lelakinya hanya seorang dua yang minat belajar, yang lain sungguh menyedihkan. Pelajar lelaki ni nampaknya kurang menerima saya sebagai gurunya. Pelbagai feel nakal yang dibuat seolah-olah untuk menarik perhatian saya. Saya tidak boleh garang dengan mereka, kerana mereka suka mengambil kesempatan di atas sifat marah saya. Alhamdulillah, pelajar perempuannya, boleh dikatakan baiklah juga. hu..hu..hu...baik ada makna ke...??? Kalau aku sebut nama yang popular, Husna, Husni, Tengku, Muhamad, Zulakha, Fatinmag, Raihan dan ramai lagi.....Ada sorang tu jenis selalu masuk hantu, padanlah sebab yang lelakinya perangai macam hantu...

Ustaz Syihan terkenal dengan watak garang, lucu, serius dan senyum macho/.;.. Bila masuk kelas saya akan buat muka serius kemudian beri salam. Biasanya selepas serius saya bertukar menjadi garang secara bersahaja, kalau ada yang tak siap kerja, tak hafal atau tak bawa buku itulah kesempatan saya untuk menghukum mereka. Pada awal-awal dulu saya menghukum mereka dengan menghempuk buku tebal ke atas kepala tak kira lelaki atau perempuan. Tapi selepas pada tu saya rasa melampau dan pelajar pun menjadi takut dengan saya, Jadi saya tukar denda kepada cubit, tampar belakang atau lekuk atas kepala. Bagi perempuan pula, saya menghukum dengan cara spontan, maksudnya kalau ada pen atas meja saya hentak pen atas kepala, kalau ada pemadam, saya comorkan habuk kapur di muka, kalau berada di jarak jauh saya pekong sahaja kapur tulis ke arah pelajar.

Kadang-kadang denda berdiri atas kerusi, berjemur tengah panas atau pusing padang. Terbaru, Ustaz Mazlelee @ guru disiplin sekolah, telah menghadiahkan semua guru dengan rotan seputung sorang. Ini lebih baik dan berkebetulan Imtihan semakin hampir, jadi rotan cara mudah untuk ugut pelajar menghafal pelajaran.

Saya terbiasa membuat lawak spontan kepada pelajar, tetapi kalau pelajar suka saya akan marah diorang. Satu perkara lagi saya tak boleh tahan kalau pelajar buat lawak, jadi mengelak daripada ketawa saya terpaksa senyum macho iaitu menampakkan lesung pipit bagi menahan ketawa, saya akan ketawa sendirian di bilik guru bagi mengqada' ketawa yang ditahan di dalam kelas.

Satu perkara yang membuat tidak selesa ialah pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah ini cenderung memandang saya . Saya bukan ingin bersangka bahawa mereka menaruh minat pada saya, tapi pandangan mereka menyebabkan saya menundukkan sahaja kepala, bila terpaksa melalui kelas mereka. Jika mereka berkumpul di luar kelas saya akan mengubah arah haluan saya atau jika terpaksa saya akan berjalan cepat-cepat kononnya lorat atau kesibukan.

Alhamdulillah, saya mempunyai rakan kerja yang baik-baik. Ada yang taraf abang bagi saya ada juga yang bertaraf kakak dan ada yang bertaraf emak. Ustaz Mie, Cikgu Faisal, Ustaz Li, Sir Azam dan mudir Ustaz Fitri, menerima saya seadanya walaupun saya selayaknya menjadi pelajar mereka tambahan pula Ustaz Fitri dan Sir Azam adalah guru saya semasa saya menuntut di Maahad Syamsul Maarif. Kini keadaan berubah nereka menjadi rakan sekerja, sememangnya saya rasa malu dan rendah diri dengan mereka.

Bicara Ustaz Syihan rasanya ingin berhenti di sini dahulu. Pada perkiraan saya inilah bulan terakhir saya di sini. Kontrak saya tamat 28 Mei ini. Tapi Ustaz Fitri mahu menyambung kontrak sehingga saya mahu sambung belajar. Saya masih belum membuat apa-apa keputusan.

Berbicara tentang sambung pelajaran, saya sebnarnya dalam keadaan bimbang sekali. Saya sudah menolak untuk ke Mesir atau Jordan, kerana saya sedang memohon untuk ke Kuwait. Sudah banyak duit habis untuk tujuan ini. Tapi nampaknya urusan permohonan masih belum selesai. Saya mohon pada Allah agar dipermudahkan urusan pembelajaran saya. Saya terbayang mungkinkah saya tercampak di bumi Malaysia ini untuk sambung belajar. Saya tutup mata rapat-rapat, biarlah Allah sahaja yang tentukan.

Fikiran saya sekarang adalah pada satu urusan yang amat terpenting, Rombongan jemaah Umrah Kembara Sufi. Kalau ikut tarikh tak sampai sebulan lagi. Moga Allah permudahkan urusan dan memakbulkan harapan saya untu ke sana beribadat disamping mengambil peluang untuk muqabalah meyambung pelajaran ke sana. Amin. Moga ia adalah Umrah bersama sahabat dan keluarga yang bersejarah untuk catatan kehidupan saya.

posted by tok pulai chondong @ 6:47 PM   0 comments
Menjengah Usia Ke-20
Thursday, April 16, 2009
Salam syuhada'

16 April 1989 hingga 16 April 2009 = 2o tahun aku mengenal dunia......

Munajat sempena kelahiran ku ini :

Ya Allah, Engkau la tuhan kami, Tiada Tuhan Selain Mu, Menciptakan Aku, Dan Aku Adalah hamba, aku berada dalam ikatanMu, dan janji untuk bersamaMu, Jauhilah aku daripada sebarang keburukan, Aku mengaku bahawa Engkaulah yang mengurniakan segala nmat kurniaan, Dan Aku mengaku Ya Allah akan segala dosa yang aku lakukan, Ampunkan lah aku, Sesungguhnya tiada yang dapat memberi keampunan kecuali Engkau.


Insya Allah, saya akan menulis catatan yang bertajuk
"20 tahun dalam Kehidupan"
posted by tok pulai chondong @ 1:02 AM   0 comments
Natijah STAM: Hasil Tuaianku
Monday, March 16, 2009


Salam syuhada'

Ku hamburkan rasa kesyukuran yang tak terhingga pada Mu ya Rabbi di atas kurniaanMu terhadap apa yang ku doakan selalu. Allahumma qabalta du'a ana. Asykuru ni'matallah kathira.

Hari Khamis yang lepas saya telah mendapat keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008. Hari yang sungguh mendebarkan. Sebelum ke Maahad Syamsul Maarif (L), Labok saya berada di tempat mengajar, SMU (A) Ahmadiah Banggol Judah. Hari tu saya tiada mood untuk mengajar, anak murid saya ada yang perasan pada perubahan wajah saya. Dia tanya ada masalah ke, saya jawab hari ni keputusan STAM. Terus dia maklumkan ke dalam kelas, malu saya bila pelajar beri ucapan selamat kepada saya dan mendoakan kejayaan kepada saya.

Sejam sebelum ke Syamsul Maarif, saya sempat masuk ke kelas Tingkatan Satu Ummu Aiman, mengajar madah Feqah. Hanya sepuluh minit saya mengajar, saya hilang tumpuan dan saya sendiri tak faham apa yang saya ajar. Kemudian saya ubah kepada topik membahagi masa. Saya berikan tips-tips membina jadual waktu, kerana itu penting untuk menilai prestasi pelajar. Alhamdulillah, mereka nampak minat dengan pengajaran itu. Deringan telefon berbunyi, rupanya sahabat sudah ramai yang menunggu saya di Labok untuk mendapat keputusan. Saya habiskan pengajaran saya dengan harapan pelajar dapat membahagi masa dengan baik sepanjang cuti sekolah. Saya hadiahkan juga kepada mereka timbunan kerja rumah yang mesti disiapkan. Kerana saya mahu jadi "The Master Teacher."

Saya tenangkan perasaan dengan solat sunat dua rakaat dan saya bacakan surah kesukaan saya "Ar-Rahman" moga tenang jiwa saya. Dalam doa saya mengharapkan kejayaan saya serta sahabat.

Sekalung Tahniah

Saya mendapat SMS dari orang yang tak dikenali :
Tahniah! Pelajar Cemerlang STAM 08. Moga Dapat Pertingkatkan perjuangan ISlam!


Kaget saya apabila membaca mesej ini. Saya hairan kerana sahabat yang lain masih belum tahu pun keputusan peperiksaan. ssaya pantas menuju ke pejabat sekolah meminta kebenaran untuk keluar mengamil keputusan. Saya menuju ke Maahad dengan mulut tak henti-henti berzikir menenangkan jiwa.

Tahniah! itu ucapan pertama dari sahabat saya, sesampai sahaja saya di Maahad Syamsul Maarif.

Kemudian saya fokus menuju ke bilik guru, untuk bertemu Ustazah Raihan. Sesampai di bilik saya disambut Ustazah Hazirah dengan ucapan : Alf Mabruk!!! Saya hanya tersenyum kaget, apa yang tahniahnya, saya tak tahu apa-apa pun.

Saya menerjah ke meja ustazah, sahabat-sahabat sedang berkerumun di meja ustazah untuk mendapat keputusan. Saya beratur untuk mendapat keputusan. Kemudian saya dapat panggilan pula daripada Akh Tajuddin: Tahniah, tahniah, best student STAM!!! Saya bertambah terkejut. Saya katakan tunggu dulu, saya tak ambil lagi keputusan. tak tahu boleh berapa lagi...

Sebelum giliran saya, sahabat-sahabat lain sudah mendapat keputusan, apaa yang mengejutkan saya apabila saya lihat result Ngah yang mendapat pangkat Rasib kerana hanya satu madah yang rasib. Saya menggosok-gosok belakangnya mudah-mudahan dia tenang dengan keputusan itu. "Allahuakbar"!! itulah bunyi yang keluar daripada mulutnya. kemudian dia bergegas keluar bilik guru. Saya hanya mengelingkan kepala simpati dengan nasibnya.

Sampai giliran saya, sebelum sempat saya mengambil keputusan daripada tangan ustazah, kedengaran suara halus dari mulut ustazah yang mengucapkan "mabruk"!!!!!

Sirna mata saya berubah apabila menatap keputusan ditangan, Alhamdulillah 7 Mumtaz, 3 Jayyid Jiddan. Saya raupkan tangan ke muka tanda kesyukuran di atas natijah ini. Kemudian sahabat datang menerpa ke arah saya, memegang bahu sambil mengucapkan tahniah dan syabas dengan keputusan.

"Syukran, syukran!!! itu sahaja yang mampu saya luahkan dari mulut bercampur rasa haru didada. Kegembiraan saya terhakis apabila mendapat tahu yang sahabat saya ramai yang kurang baik nasibnya. Saya doa di dalam hati mudah-mudahan Allah thabatkan hati sahabat-sahabat dan diberi rezeki untuk mendapat peluang meneruskan pembelajaran.

Walaupun tidak mendapat mumtaz sofi (10 mumtaz), keputusan ini sudah cukup baik bagi saya. Saya membuat panggilan kepada keluarga memaklumkan keputusan ini. Sekali lagi saya mendapat ucapan tahniah daripada keluarga. Cuma abah dan mie dapat tahu lewat kerana sewaktu menerima keputusan, abah dan mie sedang menaiki bas bermusafir ke Kuala Lumpur bertemu anak cucu di sana.

Hari tu saya habiskan RM 20 ringgit berbelanja makan kepada kawan-kawan. Mudahan-mudahan mereka tenang dengan keputusan yang diperoleh. Hanya dua orang yang mendapat pangkat mumtaz, seorang jayyid jiddan, 7 orang jayyid, empat orang mendapat maqbul dan selebihnya seramai 10 orang memperoleh pangkat rasib. Benarlah STAM sememangnya Imtihan yang kadang-kadang boleh menjadi pemusnah harapan dan cita-cita walau hanya sekadar satu madah yang gagal. Sebak di dada mengenangkan sahabat yang tak bernasib baik, mereka semua sama seperti saya bertungkus lumus mengadap pelajaran menghadapi Imtihan. Tapi itulah realiti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kagum

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudari Nik Nor Madihah Nik Kamal yang berjaya dengan cemerlang dalam SPM mendapat 20 A. Insan yang miskin harta tapi kaya dengan ilmu, usaha dan kaya jiwanya yang mampu mengatasi masalah kemiskinan hidup dengan membawa kejayaan cemerlang. Orang yang berlatarkan agama tak akan rasa hina dengan kemiskinan hidup. Tak akan bersedih dengan kekurangan harta. Wala tahinu wala tahzanu, itulah pegangan mukmin cemerlang. Alf mabruk untuk semua pelajar Yayasan Islam Kelantan yang membuktikan bahawa pendidikan kita adalah yang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.

Jutaan Terima Kasih

Buat mie dan abah, anakmu ini ingin mengucapkan terima kasih di atas segalanya. Selama ini mie dan abah sudah banyak bersusah payah mengurus hidup anakmu ini. Anakmu ini telah banyak menyusahkan abah dan mie. Kedegilan anakmu sering mencarik hati lembut mu itu. Tabahnya mie dan abah dengan kerenah orang yang adakalanya menyebabkan air mata mie dan abah menitis. Kadang kala anakmu ini menaikkan suara, mendiamkan diri, mencebik muka malahan tidak mengendahkan suaramu. Terima kasih dengan doa abah dan mie inilah yang hari ini aku mulai dapat menuai hasilnya. Tunggu sedikit saat lagi anakmu ingin berkhidmat sepenuhnya untuk kebahagian mie dan abah doalah biar anak ini sempat untuk lebih lama menerima kasih sayang kalian berdua. Ameen.

Buat adik beradik sumber inspirasi hidup.

Sekian kalinya buat guru-guru tersayang di Maahad Syamsul Maarif (L), Labok. Terima kasih di atas curahan ilmu kalian, keberkatan dipohon moga ilmu ini boleh di bawa hingga ke Akhirat, menjadi bukti, bahawa ilmu inilah menjadi saksi di hadapan Allah kelak bahawa inilah golongan yang berbakti kepada anak didiknya.

Di sini saya inginkan sebutkan senarai nama guru yang mengajar madah STAM:

Tuan mudir : Ustaz Abdullah b Ab Wahab, madah Hifz Al-Quran & Tajwid. Kadang-kadang lagaknya seorang abang yang baik malah bagaikan seorang ayah yang sering memberi nasihat.

Ustazah Raihan Bt Che Abdullah : Tafsir & Waulmuhu serta Balaghah. Guru kelas yang teristimewa bagi kami. Ada yang menggelarkannya sebagai Ummi, ada yang mengelarkan sebagai Kak Hae, membawa makna keakraban ustazah dengan anak muridnya. Sering marah dengan telatah anak murid yang tua umurnya tapi kebudakan sikapnya. Marah ustazah, marah yang penuh kasih sayang.

Ustaz Rodzlee b Yusof : Nahu & Sarf, Mutalaah & Insya' serta Fiqh. "Lautan ilmu" itulah yang sesuai digelarkan kepada ustaz. Sekelumit marah tak pernah keluar dari mulut ustaz, cuma nasihat demi nasihat itulah yang mendekatkan kami dengan ustaz.

Ustazah Hazirah Bt Ibrahim: Adab Nusus. Ustazah yang ambil berat dengan madah yang diajarnya. Sanggup ustazah bersama kami diluar waktu sekolah membantu menyiapkan kerja kursus wajib untuk madah Adab dan Nusus. Terima kasih dengan doa ustazah hingga ke hari keputusan. Biarlah doa ustazah kepada kami berlanjutan hingga ke akhirnya.

Ustaz Saaidi B Mohamad: Arudh & Qafiah. Kami tidak pernah menitiskan air mata kepada sesiapa, kecuali kepada ustaz. Ustaz sememangnya guru yang terbaik buat kami. Walaupun disaat kami memerlukan, ustaz terpaksa pergi, tapi itulah kehendak Tuhan mengurniakan guru yang dekat di hati kami.

Ustazah Bahiyyah: Tauhid & Mantiq. Kami banyak kongsi masalah dengan ustazah. Sikap yang menyebabkan kami senang dengan ustazah. Terima kasih kerana melayan kerenah dan celoteh kami.

Ustaz R. Azmi: Hadith & Mustolah. Jiwa seorang ulama' pondok begitu menebal pada penampilan ustaz. Guru yang tak pernah memegang rotan atau berkeras dengan kami.

Ustaz Arman & Ustaz Ali Zulfaqar: Dua orang ustaz muda yang datang di penghujung nyawa kami untuk menghadapi Imtihan. Ustaz Ali Menggantikan ustazah Raihan yang bersalin, Ustaz Arman menggantikan Ustaz Saaidi yang bertukar sekolah.

Buat sahabat, semoga Ikatan Pelajar Lepasan STAM 08 itu akan berkekalan sebagaimana kekalnya perhubungan kita hingga ke akhirat. Itu janji kita.
posted by tok pulai chondong @ 12:51 PM   1 comments
Seminar Penghayatan Al-Quran
Wednesday, March 04, 2009

Salam syuhada'

Kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan untuk menjayakan Seminar Penghayatan Al-Quran : Surah Al-Fatihah . Sungguh tak disangka perancangan hampir dua bulan yang lalu bakal menjadi kenyataan. Saya dan sahabat bertungkus-lumus untuk persiapan program ini. InsyaAllah penduduk Machang akan mendapat santapan ilmu yang amat menyelerakan dengan kehadiran tiga pembentang kertas kerja yang tidak asing lagi di negeri Kelantan.

Seingat saya inilah program ketiga berbentuk kemasyarakatan yang telah saya uruskan. Tiga tahun berturut-turut saya diberikan kesempatan oleh Allah mengurus pelbagai program berbentuk kemasyarakatan. Pada tahun 2007 saya telah mengarah program kefahaman dakwah orang asli di Pos Hendrop. Manakala pada tahun 2008 saya juga telah menggerak satu program mega iaitu Munajat Perdana Bersama Pelajar Agama, Alhamdulillah walaupun program ini diadakan jam 3 pagi masjid sekolah pada dinihari itu dilimpahi oleh masyarkat sekitar Machang. Saya tak akan lupa tangisan seorang mak cik tua yang bermunajat pada malam itu, ditengah hujan yang lebat.

Dan kini pada 7 Mac 2009 satu lagi program yang menarik bakal diadakan untuk masyarakat Machang. Seminar Penghayatan Al-Quran : Surah Al-Fatihah, merupakan program julung-julung kali yang kami (Ikatan Pelajar Lepasan STAM 08 ) anjurkan sejak kumpulan ini ditubuhkan.

Harapan kami, dengan adanya program ini, masyarakat kita masih hidup jiwanya dengan penghayatan Al-Quran. Amin!!!

Mari semua penduduk Machang, kita penuhi Dewan Majlis Daerah Machang dengan menyertai program ini. Hubungi saya: 019-9753314 (Ah. Syihan).
posted by tok pulai chondong @ 10:59 PM   0 comments
Panggil saya "abang ustaz"
Saturday, February 21, 2009
سلام شهداء

Sungguh aku bersyukur ya Allah atas segala nikmat yang kau beri pada hambaMu yang hina dina ini. Hari ini saya masih lagi dapat menghirup udara segar dan dapat menikmati erti hidup dalam ruang waktu yang semakin menghimpit diri. Saya ingin singgah sebentar di sini, sekadar mencatat aktiviti sepanjang waktu tawaqquf menuggu natijah imtihan yang dijangka keluar pada bulan Mac ini. Moga-moga kebahagian Allah anugerahkan kepada saya dan sahabat tatkala menerima keputusan nanti. Ameen.

November- Disember 2008

Pada jamuan akhir tahun pelajar STAM hari tu, ustazah ada menawarkan pekerjaan kepada saya dan seorang sahabat dengan sebuah perusahaan suaminya itu. Saya tidak melengahkan waktu untuk memberi keputusan menerima tawaran tersebut, sebaliknya saya terus sahaja menelefon suami ustazah berkenaan dengan kekosongan pekerjaan yang ditawarkan itu. Alhamdulillah, saya diterima bekerja sebagai staff dengan syarikat perunding motivasi ini. Saya bekerja dengan sepenuh hati saya selama berada di sini. Dalam tempoh saya bekerja ini, ada kalanya saya datang pada waktu malam semata-mata tanda komitmen untuk bekerja di sini. sememangnya saya amat gembira dapat berkhidmat sebagai seorang pekerja kepada Tuan yang saya hormati dan kagumi dengan peribadinya. Pernah saya bermalam beberapa kali di pejabat ini. Pernah juga saya bekerja sehingga jam 4.30 pagi menyiapkan tugasan di sini.

Tapi saya tidak lama berada di sini, tanggal 27 Disember saya membuat keputusan meletakkan jawatan serta-merta di pejabat ini. Sewaktu saya menulis surat letak jawatan, air mata saya tidak berhenti-henti mengalir, saya melakukan solat istikharah dua rakaat agar Allah menunjukkan jalan terbaik kepada saya. Saya amat sayang dengan pekerjaan ini, tapi saya tiada jodoh untuk terus berada di sini, sebelum saya menghantar surat letak jawatan, saya membuat panggilan telefon kepada ummi. Alhamdulillah nasihat ummi mendorong saya untuk gagah mengirim surat letak jawatan. Saya tak sanggup berhadapan dengan ustaz, kerana betapa banyak kebaikannya kepada saya selama bekerja di sini, saya malu dengannya, malah tak berupaya menahan rasa sebak saya kerana nilai ukhuwwah bersamanya baru sahaja berputik. Tapi saya tidak dapat lagi memberi komitmen untuk terus bersama bekerja di sini, ada perkara lain yang menyebabkan saya tidak harus lagi duduk di sini. Kerana tugas saya semakin mencabar selepas pada ini.

Awal Januari 2009

Saya bertungkus lumus bersama petugas PAS kawasan Machang membantu kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Selama berada di sana banyak kenangan manis yang menyebabkan rindu untuk ke sana semula. Kami ditugaskan untuk berkhidmat di Cabang Tiga Losong dan Sekolah Rendah Sri Nilam. Alhamdulillah, Allah memberi kemenangan kepada kami di Kuala Terengganu.

Pulang dari K. Terengganu, saya mendapat panggilan daripada ustaz Fitri untuk memenuhi kekosongan jawatan warden di sekolahnya, saya menolak dengan alasan saya tak sanggup meberi komitmen untuk bertugas di sana, Alhamdulillah kawan saya bersedia pula untuk bekerja di situ menggantikan saya.

Dalam tempoh ini juga, permohonan saya untuk mendapatkan tajaan mengerjakan umrah bersama dengan rombongan kami diterima oleh pihak penaja. Alangkah gembiranya saya, kerana impian saya sejak dari dulu lagi bakal ditunaikan dan doa saya berterusan hampir setahun yang lalu bakal dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Saya teringat doa saya sewaktu meminta untuk menunaikan umrah, :

"Ya Allah, aku memohon berilah aku peluang untuk menjadi tetamu Mu di dua tanah haram ini, kerana aku sangat rindu untuk menziarahi Rasulullah (maqam nabi), kerana aku sangat mencintai kekasihMu itu, berilah aku peluang untuk merasai melaksanakan ibadah umrah di sana, Ya Allah, terimalah aku sebagai penuntut ilmu di bumi suci ini kerana mahu keberkatan ilmu dan mahu faqih dalam agamaMu"


InsyaAllah, kalau tiada aral melintang saya bersama rombongan akan ke sana pada hujung bulan Mei nanti. Rupa-rupanya niat untuk saya bekerja keras agar dapat kewangan untuk ke sana dimudahkan oleh Allah apabila diberi tawaran penajaan untuk ke sana. Allah Maha Mengetahui setiap urusan hambaNya. Alhamdulillah Wasykurlillah. Satu lagi yang saya pohon apabila dapat ke sana, biarlah saya dimudahkan pula untuk belajar di sana. Ameen.


Akhir Januari

Tatkala sedang sibuk menguruskan perihal umrah, pada suatu malam saya mendapat satu panggilan telefon penting. Panggilan itu milik Ustaz Rodzlee, melalui awal perbualannya saya dapat merasakan ada benda penting yang ingin disampaikan. Mulanya dia bertanya tentang keputusan Bahasa Arab Tinggi SPM, saya memaklumkan bahawa saya dapat A1 dalam madah tersebut, akhirnya dia menyuruh saya membawa segala dokumen penting ke sekolah esok untuk urusan pengajian ke Kuwait. Terkejut beruk saya! saya mengangguk tanda berminat untuk ke sana, walaupun saya tahu ustaz tak nampak saya anggukkan kepala.
Keesokan harinya, Ustaz Ramli Din membawa saya berjumpa dengan ustaz Rosli Ismail, Pengetua MSMP. Tahulah saya bahawa ustaz inilah yang menguruskan segala urusan pengajian saya ke Kuwait. Selama dua hari saya berulang-alik ke Syamsul Maarif Pulai Chondong untuk urusan ini. Setelah segala urusan pasport dan terjemah sijil selesai, saya kini menuggu detik keputusan untuk belajar di sana. Di minda saya sekarang sedang asyik memikirkan susana pengajian di sana. Harap-haraplah saya diterima untuk belajar di sana. Tapi saya tidak memberi harapan tinggi, cukuplah sekadar berdoa setelah saya berusaha sekadar yang mampu. Alhamdulillah, kenapa lah mencurah-curahnya rezeki Allah kepada saya. Saya insaf, bahaw saya perlu menyedari bahawa diri ini memerlukan perubahan diri jika benar untuk menampung tugas besar yang bakal menanti ini.

Februari 2009

Setelah hampir sebulan saya menganggur, saya mendapat peluang untuk bertugas sebagai guru pembimbing di Qiraati Al-Hikmah, Batu 23, labok. Kini saya berulang-alik setiap petang dan malam mengajar di situ. Alhamdulillah, semoga upah yang akan saya perolehi dapat menampung duit poket untuk menunaikan umrah bulan Mei nanti.


Abang Ustaz

Pada hari Khamis yang lepas, saya mendapat panggilan telefon daripada Ustaz Fitri, mudir Ahmadiah Banggol Judah. Sungguh saya tak sangka, ustaz kesayangan saya ini memberi tawaran untuk mengajar sebagai guru ganti di sekolah tersebut. Saya tergamam antara mahu terima atau tidak, saya tidak boleh lagi menolak kerana dulu saya sudah meno;ak tawarannya untuk menjadi warden asrama.

Akhirnya saya ke sana melapor diri sebagai ustaz. Merah padam muka saya kerana pertama kali bermesyuarat bersam guru-guru di sekolah tersebut. Saya diberi tugas sebagai guru SPBT, dan mengajar madah PEndidikan Islam, Tauhid, Feqah dan Tarikh Islam untuk pelajar tingkatan satu dua dan tiga. Smeoga Allah mempermudahkan urusan saya.

Alhamdulillah, bertambah lagi pengalaman saya. Saya akan mulai mengajar hari Ahad ini, entahlah bagaimana ingin menghadapi telatah murid sekolah menengah.

Dan saya baru dapat idea bahawa saya tidak mahu dianggap ustaz cukuplah saya dipanggil dengan gelaran baru, "abang ustaz". Okey, semoga saya cemerlang sebagai seorang abang ustaz kepada anak murid yang mungkin saya akan panggil adik sahaja.Cayyok!!!!


posted by tok pulai chondong @ 12:31 AM   0 comments
Disaat Kemenangan PAS, Hamas Mengorak Kejayaan
Monday, January 19, 2009


Salam syuhada'

Akhirnya setelah bertungkus-lumus, mengerahkan tenaga untuk bersama membawa kemenangan kepada PAS di Kuala Terengganu, barulah hati saya tenang untuk menulis di sini. Saya telah pulang dari medan kemenangan semalam dengan hati yang girang. Pengalaman berada di sana umpama menyertai program tamrin yang berjaya mentarbiyyah ramai petugas dari Machang. Kami ditugaskan untuk menjaga peti undi Cabang Tiga Losong bersama-sama petugas dari Kuala Krai dan MTD Bukit Tunggal. Alangkah indahnya pilihan raya kecil ini yang berjaya menghimpunkan seramai-ramainya pimpinan bersama dengan pelapis-pelapis muda yang bakal membawa susana baru dalam politik negara masa hadapan. Iaitu apabila generasi saluran satu akan meninggalkan kita. Kumpulan "telan beh" ni memang penganggu kepada perubahan massa.

Pada malam kemenangan, setelah hilang suara kerana begitu kuat bertakbir dan bertahlil kami menuju ke Markaz Besar Pas di Kuala Ibai. Kami sungguh bernasib baik kerana berkesempatan mendengar ucapan sulung daripada YB YB(baca dua kali) Abdul Wahid Endut.


Apa yang ingin saya sampaikan adalah petikan ucapan Tuan Guru Hj Hadi di malam kemenangan itu,'

Pada waktu ini di Palestin sudah seribu orang penduduk Gazzah yang syahid, tapi apa yang kita tidak tahu, tentera zionis lebih ramai yang terbunuh berbanding dengan tentera HAMAS.

Saudara pada pilihan raya 2004, ketika PAS tewas di Terengganu saat itu Assyahid Syeikh Yasin (HAMAS) juga syahid ditembak oleh tentera zionis, dan disaat ini sewaktu PAS menggapai kemenangan di Kuala Terengganu, tanpa kita sedari HAMAS juga sedang mulai mencapai kejayaan kecil di Gazzah, Palestin!!!


Subhanallah, maha suci Allah yang telah menurunkan tenteranya membantu kemenangan Islam di Terengganu dan ku pohon ya Allah, turunkanlah bantuan yang maha hebat di Palestin.......Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
posted by tok pulai chondong @ 7:03 PM   0 comments
Benci Israel, Kalahkan UMNO dalam PRK P036!!!!
Monday, January 12, 2009

Salam syuhada'

Saat artikel ini ditulis, keganasan zionis Israel di bumi Gazzah sudah masuk hari yang ke 15, Pelbagai kezaliman Israel telah berjaya mereka lakukan. Tentera Zionis telah berjaya membunuh hampir seribu orang rakyat di tanah haram Palestin. Wanita menjadi janda, anak menjadi yatim piatu, nenek kehilangan cucu, ayah memeluk mayat anaknya, guru melihat anak murid bergelimpangan di dalam kelas, doktor yang sudah alah dengan bau darah dan mayat dan kuburan luas yang masih basah
dengan tanah merah.

Saat itu, tentera HAMAS sedang mengatur gerak, merancang strategi, merapatkan saf dan menyediakan bekal dengan sebanyak-banyaknya untuk menguburkan tentera Zionis Israel. Gelombang qunut Nazilah dari seluruh dunia membawa kekuatan yang maha hebat kepada tentera HAMAS yang kerdil ini. Setiap anggota HAMAS diwajibkan berqiamullail sepertimana yang pernah dilakukan oleh Panglima Salahuddin Al-Ayyubi ketika berjaya merampas kembali Palestin dari cengkaman tentera salib. Allah menjadi saksi berkat doa, telah membekalkan kekuatan kepada tentera Islam diwaktu itu.

Suasana yang berlaku di Palestin, membawa kita kembali ke tanah air tercinta, bumi Malaysia ini. Apa mungkin bumi ini aman dari keganasan dan kezaliman. Apabila melihat kadar jenayah yang bertambah, maksiat yang bermaharajalela, hiburan yang melampau dan pelbagai jenis kejahatan masih banyak berlaku di Malaysia. Amankah kita dengan cara kita???


Mari kita fikirkan kezaliman yang berlaku di Israel :

1. Israel merampas tanah rakyat Palestin dan diberikan kepada rakyatnya.
2. Israel meroboh rumah rakyat Palestin diberikan kepada rakyatnya.
3. Israel menembak rakyat Palestin.
4. Israel menangkap rakyat Palestin tanpa bicara.

5.Israel menjual produknya ke seluruh dunia untuk menjayakan agenda menjajah Palestin.
6. Israel melalaikan dunia dengan memperkenalkan pelbagai hiburan dan maksiat.
7. Israel menjadikan Amerika sekutu utamanya menjayakan rancangannya.
8. Israel mengawal ekonomi dunia.
9. Israel menekankan supaya pengajian Islam diawasi.
10.Israel merosakkan anak-anak ramaja dengan kecanggihan teknologi dan komunikasi.


Semua itu dilakukan oleh Israel, dan sedarkah semua kezaliman yang disebut di atas ada di Malaysia:

1; Di Terengganu tanah yang diberi hak oleh Kerajaan PAS Terengganu telah
dirampas oleh Kerajaan UMNO Terengganu.

2. Di Terengganu bukan sahaja rumah rakyat yang di roboh tapi masjid dan
surau-surau, bukan sahaja di Terengganu malah di Selangor sewaktu kerajaan
UMNO memerintah.
3. Rakyat Terengganu pernah ditembak sewenang-wenangya di Batu 6, oleh Polis
tanpa apa-apa sebab munasabah.
4. Di Malaysia ISA alat kerajaan UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat supaya taat
kepada kerajaan UMNO.
5. Banyak produk-produk Israel berada di Malaysia kerana kerajaan UMNO boleh
banyak untung daripada cukai produk ini. Sebab itulah barangan Israel dan
Amerika mudah sahaja diperolehi di sini.

6. Hiburan menjadi darah daging rakyat Malaysia hasil didikan Kerajaan UMNO,
bayangkan berapa banyak program hiburan kat televisyen tu. Setiap saat, setiap
jam setiap waktu penuh dengan hiburan yang melalaikan.
7. Kerajaan UMNO takut dengan Amerika, kalau berani putuskan hubungan dengan
Amerika.
8. Di Terengganu, Kerajaan Pusat merampas wang royalti minyak bertahun-tahun

lamanya yang sepatutnya dinikmati rakyat Terengganu. Punyalah jahat UMNO ni.
Wang rakyat suka-suka je dia ambik.
9. Jahatnya Kerajaan UMNO wang PERKAPITA untuk Sekolah Agama Rakyat(SAR)
disekat kerana takut dengan pelajar keluaran sekolah agama menentang UMNO.
Najib sendiri menuduh sekolah agama sarang pengganas. Akhirnya
berpuluh-puluh sekolah agama ditutup kerana kebatasan wang untuk mengurus
sekolah agama.
10. Remaja Malaysia di bawah kerajaan UMNO semakin rosak akhlaknya, kerana
pendidikan agama tidak ditekan kepada rakyat. Mereka belajar berdasarkan
suka
tan pendidikan yang sekular, dan tiada roh agama.

Demikian kezaliman Israel dan juga kebetulan berlaku di Malaysia, di bawah pemerintahan kerajaan UMNO. Apa lagi???? Kalau betul anda bencikan kezaliman tentera zionis Israel, marilah juga kita hancurkan rejim UMNO yang sama melakukan kezaliman, ayuh kita menangkan PAS di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu P036. Takbir!!!!!!!!!!

posted by tok pulai chondong @ 12:51 AM   0 comments
Palestin Menangis: Peranan Sisyahid
Tuesday, December 30, 2008


Salam syuhada',

Salam penyaksian kezaliman zionis Israel terhadap saudara kita di Gaza, Palestin. Allah, betapa beratnya rakyat palestin menanggung azab pedih terjahan peluru pembunuh untuk rakyat Palestin. Hari ini Pal
estin menangis ketika saat "sisyahid" sedang termenung memikirkan kedunguan diri. Saya hari ini masih beku untuk bertindak sebagai seorang yang sepatutnya pembela nasib rakyat Palestin. Di mana hilangnya semangat saya untuk memperjuangkan pembebasan palestin.

Saya masih ingat sejarah blog ini dibuka dengan matlamat yang sungguh-sungguh membangkitkan perjuangan Palestin. Saya masih ingat diawal penulisan saya di blog ini dua tahun lepas saya asyik membicarakan tentang luahan hati ingin mati syahid. Saya ada menceritakan bahawa saya mimpi ditembak sehingga mati oleh askar zionis. Malahan kata-kata hikmat daripada Sheikh Abdul Qadir Audah saya letakkan di ruang atas blog ketika saat semangat berada dipuncaknya.

Saya dikenalkan dengan laman abu aqeedah yang banyak di dalamnya terkandung cerita-cerita perjuangan syuhada' di Bosnia-Herzogovina. Saat membaca ceritanya air mata pasti mengalir. Saya pernah salinkan artikelnya berkenaan dengan jihad di laman ini.

Saya pautkan laman palestinkini di blog ini dengan azam ingin mendapat maklumat terbaru perihal Palestin.


Dua tahun lamanya saya merancang untuk mengadakan Hari Memperingati Palestin, tapi rancangan hanya di kertas, saya gagal melaksanakannya kerana saya lihat tiada kesungguhan dikalangan mereka untuk menjayakan program ini. Saya ambil tindakan solo untuk para pelajar memperingati Palestin a
pabila berkesempatan memegang mikrofon. Saya akan cuba beritahu kepada semua tentang situasi di Palestin. Alhamdulillah usaha saya itu ada kesannya kerana apabila adik bertemu dengan saya dia akan menyebut-nyebut tentang Palestin. Pernah seorang adik menegur saya kerana memakai telefon bimbit i-Mobile (proksi Nokia). Kerana pernah dahulu saya bertazkirah supaya sama-sama memboikot barangan yaang menyumbang kepada Israel, antaranya Nokia. Saya malu sendirian, barulah saya tahu i-Mobile juga proksi Nokia. Kemudian saya bertukar kepada
telefon China sehingga sekarang. Itupun ada adik yang tegur kerana telefon China tu tiru model Nokia. Apapun, Alhamdu
lillah saya sudah tidak menyumbang kepada pembunuhan rakyat Palestin.

Allah, tolonglah hambaMu ini memperkuatkan saf untuk menumbangkan kezaliman. Hanya satu perkara yang penting boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada rakyat Palestin. Dengan sama-sama kita berdoa pada setiap solat waktu dengan doa qunut Nazilah, semoga Allah menurunkan bala tenteranya yang maha dahsyat kepada tentera Zionis yang zalim itu seperti mana yang pernah berlaku dalam sejarah tentera bergajah :

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
1 . Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Rabbmu telah bertindak terhadap tentara gajah?

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
2 . Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka?bah) itu sia-sia

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
3 . dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
4 . yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar


فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
5 . lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)?


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sama-sama kita doakan qunut Nazilah ini:

Terjemahannya:


Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.
posted by tok pulai chondong @ 12:13 PM   0 comments
Pulang Dari Pelarian
Monday, December 15, 2008


Salam syuhada',

Saya pulang dari Kuala Lumpur dengan seribu cerita dan pengalaman. Petang semalam saya melepaskan nafas lega kerana selamat menjejak kaki ke tanah air tercinta, bumi Serambi Mekah, Darul Naim. Walau hanya dua hari di sana namun sememangnya saya tidak betah duduk dalam keadaan suasana itu. Sejak saya sampai, perasaan tidak senang hati bergelodak. Sememangnya saya sudah bersedia untuk menghadapi situasi tidak selesa ini. Kenapa jadi begini?
Saya mulakan cerita sewaktu saya jejakkan langkah ke sana. Alhamdulillah saya dapat merasai menginap hotel lima bintang, tempat tidur yang selesa, dan cafe yang mewah. Saya tidak meminta untuk rasa begini, tapi saya menerimanya dengan rasa kesyukuran. Pengisian pada mulanya agak menarik, kerana pengisian ini diselia oleh pasukan training motivation from KL. Ada yang bertitle Doktor PHd. Pelbagai permainan yang di bawa yang mungkin saya dapat aplikasikannya program untuk pimpinan di sekolah. Apapun hari pertama saya adalah sungguh bahagia.Tapi pada sebelah malamnya saya sudah rasa cuak, kerana pengisian ini akan diambil oleh orang syarikat bukan lagi team training tadi. Saya berasa cuak kerana perkara yang saya benci akan terpaksa saya tadahkan telinga untuk mendengarnya. Bermula pengisian dengan seorang ustaz entah dari mana, dan lepasan mana. Tajuknya agak menarik, makna ibadah, prinsip perniagaan Islam tapi pengisiannya sungguh hampeh. Saya seolah-olah sedang mendengar ceramah dari orang yang bukan ahlinya. Menggunakan ayat Al-Quran dan hadis dengan sewenang-wenangnya. Kadang-kadang menggunakan hadis palsu ditambah dengan penghuraian ulama (entah ulama' dari mana) untuk mengukuhkan hujahnya tentang perniagaan ini. Saya mula mual, geram rasanya ingin bangun bertanya soalan, tapi saya malu kerana saya adalah yang paling muda pesertanya. Saya mengambil keputusan untuk menulikan telinga mendengar ceramah daripada ustaz entah dari mana ni. Akhirnya ceramah ustaz ni selesai, tapi pengisian selepas itu ialah "pelan pemasaran". Ah, saya perlu mengecualikan diri mendengar ceramah seterusnya ini, kerana saya bukan orangnya untuk menyertai perniagaan ini. Saya hanyalah wakil, ataupun ganti kepada sahabat yang sepatutnya hadir. Datang sekadar ingin mencukupkan syarat. Saya ambil keputusan untuk pulang ke bilik, dengan alasan sakit kepala. Selesai! Tapi sya perlu fikir untuk hari esok......


Esoknya, saya sudah fikir masak-masak bahawa saya perlu pulang segera, dengan alasan ada panggilan kecemasan. Saya dapat idea dengan meninggalkan memo di kaunter, kemudian terus melarikan diri melalui tangga bukan lif. Supaya tak terserempak dengan kakitangan syarikat ini. Tapi satu yang menjadi tanda tanya saya, ke arah mana saya akan pergi. Seumur hidup saya, tak pernah datang ke sini, tambahan berseeorang lagi. Saya bulatkan tekad, bahawa walau apa rintangan aku perlu sampai ke rumah, bukan lagi berada di KL. Pertama yang saya buat ialah menghubungi rakan-rakan yang tinggal di sekitar KL, sayang semuanya tak dapat membantu. Kemudian saya jumpa stesen KL monorail, seumur hidup saya tak pernah naik "menatang" ni. Saya kata saya nak peta, dia bagi peta, saya tanya mana LRT untuk ke hentian Putra, dia hanya tunjuk tangan ke arah hilir. Saya buat-buat tahu walaupun tak tahu. Peta di tangan langsung tak membantu perjalanan saya. Saya kembara sendirian, dengan bantuan keluarga di rumah yang saya hubungi, saya beranikan diri melangkah di pagi hari itu menuju ke destinasi yang tak pasti. Tapi saya gagahkan derap langkah saya. Alhamdulillah, setelah hampir 5 orang saya tanya, barulah saya jumpa destinasi yang ingin dituju.


Sebelum itu saya berkebetulan bertemu dengan hamba Allah dari Iran, dia bertanya kepada saya lebih kurang begini:

"How can i go to twin tower?". Maksudnya dia tanya aku bagaimana nak gi ke menara berkembar petronas. Aku pun jawab la :

Oh, sorry, i'm also new in this way, it first I'm here. I'm from Kelantan , the state in Malaysia, so i don't has any exprience in KL. Lebih kurang begitulah aku jawab, punyalah broken English, ah biarkan!. Tapi apa yang menambah semangat saya apabila dia puji saya:

"You lonely? O, it's good for travel without boyfriend, because it make different when you lonely.

Aku jawab : yeah, I'm a lone ranger, thank you. Kemudian aku bagi cadangan supaya suruh naik KL monorail untuk ke menara Petronas tu. Walau aku tak tahu, tapi aku menyombong diri memberitahu.

Selesai!!! di Plaza Tol, aku dapat panggilan dari orang syarikat tuh. Aku cakap ada panggilan kecemasan di rumah, jadi sebab tu la aku pulang awal. Kemudian dia nasihat katku: Teruskan Perjuangan Kita. Aku jawab dalam hati : weks!!!!
posted by tok pulai chondong @ 9:56 AM   0 comments
Musafir Ke Kuala Lumpur
Friday, December 12, 2008

Salam syuhada'

Malam ini saya akan berlepas ke Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Atas sebab tugasan kerja saya diberi amanah untuk ke sana. Sebenarnya bukan saya yang sepatutnya pergi tapi sekadar memenuhi jemputan sebagai ganti kawan yang menarik diri untuk ke sana.

Sebenarnya sudah lama saya memendam rasa untuk ke Kuala Lumpur. Seingat saya kali terakhir saya ke Kuala Lumpur ketika saya di tingkatan dua. Sememangnya agak asing saya untuk ke sana. InsyaAllah saya ke sana selama dua hari dan menginap di salah sebuah hotel yang bernama Kuala Lumpur International Hotel.

Semoga Allah merahmati dan melancarkan perjalanan saya. Saya ke sana menaiki bas Express Darul Naim.

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya” “Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali”

(Az-Zukhruf : 13-14
posted by tok pulai chondong @ 8:38 PM   0 comments
Dan Sebuah Pekerjaan
Saturday, December 06, 2008

Lama tidak melaksanakan tuntutan minda dan jiwa, untuk menulis catatan hidup. Saya mahu catatan ini memberi makna dalam hidup saya. Moga-moga ia menjadi satu monumen sejarah yang penting dalam kehidupan saya.
Saya sebenarnya mahu menceritakan tentang kehidupan saya setelah selesai tanggungjawab bergelar pelajar di maahad. Saya kini menjadi seorang pekerja dan bukan lagi beruniform sekolah. Benarlah, kehidupan saya sudah sedikit berubah. Beban menjadi seorang pelajar bertukar kepada menjadi seorang pekerja, disamping menjadi seorang guru. Guru kepada anak-anak kecil yang ingin celik Al-Quran.

Sekarang baru saya dapat menghayati tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Sehari suntuk saya bertungkus lumus di tempat kerja. Bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang saya terkurung di sebuah pejabat di Kok Lanas. Kemudian Jam 7 malam hingga 9.30 malam saya bertungkus-lumus mendidik anak-anak kecil di kelas Iqra & fardu Ain di Labok. Begitulah kehidupan seharian saya, begitu sibuk, sehingga tiada waktu yang mencukupi untuk berehat. Jadual yang agak ketat ini mendorong saya untuk mengurus waktu dengan baik.

Alhamdulillah, pertama saya nak mengucapkan terima kasih kepada ustazah yang merekemenkan saya bekerja dengan suaminya itu. Saya tak sangka dapat berguru dengan kedua-dua pasangan yang hebat ini.(kalau ada baca sila naikkan gaji okey).

Saya sebenarnya masih kabur apa tugas saya di sini. Saya belum diberi "bayan" tentang tugas-tugas saya. Cuma yang saya tahu, saya diberi sebuah ruang kerja yang besar siap dengan kemudahan pc dan streamyx. Setiap pagi tugas saya adalah membuka pintu pejabat dan mengemas ruang pejabat. Pekerja ustaz setakat ini saya seorang sahaja. Sungguh sunyi, dari pagi ke petang teman saya adalah komputer di depan mata. Ustaz memang selalu ada, tapi selalu juga tiada. Cuma yang saya tahu sekarang saya bekerja di sebuah syarikat yang mengusahakan pelbagai kerja. Pertama syarikat ini adalah sebuah consultant ataupun syarikat perunding motivasi. Syarikat ini juga pengedar produk kesihatan. Syarikat ini mengurus Pusat Latihan. Syarikat ini juga sedang membangunkan sebuah Yayasan. Syarikat ini juga adalah sebuah ejen saham bank Al-Rajhi. Ia itulah yang saya dapat sedikit maklumat daripada profile syarikat ini. Cuma yang agak meletihkan hanya saya seorang sahaja pekerja pejabat dan seorang lagi bekerja di bawah pejabat, stokis kesihatan.

Saya baru selesai menghadiri Program penghayatan kakitangan MPKB. Sungguh tak disangka saya menjadi pembantu fasilitator untuk sebuah program yang besar ini, sungguh banyak pengalaman yang dapat saya timba. Sebelum program saya bertungkus lumus membantu ustaz menjayakan program ini. Memang meletihkan minda dan fizikal. Saya sekarang ditugaskan membuat laman web syarikat. Saya belum mahir menggunakan software mencipta laman web. Sekarang saya belajar perlahan-perlahan melalui buku-buku yang ada di rumah.

Semoga saya diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat di sini bersama dengan seorang boss, yang saya lihat memenuhi ciri-ciri seorang mukmin profesional, fikrah haraki dan pendakwah yang tegar. Saya belajar perlahan-lahan ilmu pengurusan, Alhamdulillah, sekali lagi terima kasih ustazah merekemenkan saya bekerja di sini. Terima kasih kepada ustaz memberi kepercayaan mejadi pekerjanya. InsyaAllah, saya cuba hayati perlahan-lahan prinsip UMI & 5 KAF itu.

Sebelum saya lupa, saya juga kini seorang ustaz kepada anak-anak kecil. Sungguh seronok rupanya mendidik mereka yang masih suci daripada dosa ini. Saya cuba pelbagai pendekatan untuk mendidik anak-anak ini. Tapi saya akui bahawa saya lemah dalam bidang pedagogi ini. Cuma anak-anak murid masih menerima saya sebagai seorang ustaz yang baik hati dan tegas. Allah, begitu aku gembira berada dalam suasana ini.
Cuma satu perkara yang masih belum saya lakukan, iaitu bilakah waktu untuk saya tafaqquh fiddin? Ya Allah beri ruang untuk saya belajar sebelum saya menjejaki bumi Anbiya'. Amin Ya Rabbal A'lamin.
posted by tok pulai chondong @ 12:38 AM   0 comments
Program Cuti Sekolah
Monday, November 17, 2008

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 12:24 AM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: kelantan, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com